Friday 15 April 2011

APAKAH INI LANGKAH PERMULAAN YANG BAIK BAGI ORANG ORANG ISLAM DAN MELAYU



Wajarkah dua parti ini bergabung demi untuk memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu

Dua parti terbesar orang melayu ini sepatutnya bersatu hati dalam menegakkan Agama Islam dan kedudukan Raja raja Melayu serta orang orang melayu khususnya. Jika kedua dua parti ini bergabung ia akan menguatkan lagi kedudukan orang orang melayu untuk mempertahankan Islam dari terus di permainkan oleh golongan yang sememangnya mempunyai sentimen anti Islam di negara ini. PKR dilihat adalah lebih cenderung kepada fahaman sekularism yang memperjuangkan pluralism yang amat bercanggah dengan apa yang mahu dipertahankan oleh orng orang melayu. Tetapi benarkah PAS mempunyai sifat dendam pada UMNO setelah krisis yang membuatkan PAS keluar dari BN.



Ini adalah gambaran yang baik bagi orang orang Melayu dan pastinya ada diantara orang melayu yang menitiskan air mata gembira apabila melihat Hj Hadi Awang memeluk Dato' Sri Najib semasa mereka terserempak dalam kempen pilihanraya Sarawak beberapa hari lalu. Sememangnya orang orang melayu amat berharap agar tali silaturrahim sesama bangsa dan seagama ini menjadi semakin erat dan tidak di pisahkan oleh ideologi yang menjadi jurang diantara dua parti melayu ini.


Dengan penuh hormat dan takzimnya seorang Perdana Menteri melayan seorang Menteri Besar dengan memberi penerangan kepada Datuk Nik Aziz tentang perancangan pembangunan yang telah di buat untuk memberi manafaat kepada rakyat waima untuk negeri Kelantan sekalipun akan mendapat faedahnya.



Amat membanggakan dua pemimpin ini berjalan seiring dan yang paling membanggakan tu bila Datuk Nik Aziz sedia memakai jaket yg mempunyai lambang 1 Malaysia. Moga moga Datuk Nik Aziz ikhlas dan bukannya atas dasar terpaksa, tapi kalau dia tak mahu pakai pun takkan jadi apa apa jugak, bermakna ia memang ikhlas. Syabas Pok Nik.

Ini bukannya upacara masuk Islam dan melafazkan kalimah syahadah, tetapi mungkin Dato' Sri Najib menerangkan kepada Pok Nik tentang gagasan 1 Malaysia. Semoga ini adalah langkah permulaan yang baik kepada kedua dua pemimpin melayu ini dan agar ia akan lebih diberkati oleh Allah swt dan merestui akan perpaduan bangsa melayu dalam menegakkan syiar Islam. Kita doa kan agar ia akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment

Komen yang di berikan hendaklah bersandarkan etika dan berhemah dalam menyampaikan pendapat sdra/sdri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas komen yang dibuat melangkaui batas batas susila dan undang undang.