Monday 18 April 2011

IDEOLOGI RASISME YANG MULA MENULAR PADA KAUM CINA



Khamis 18 April - Sentimen perkauman yang diamalkan oleh DAP semakin mempengaruhi masyarakat cina di Semenanjung kini mula menular ke Sarawak. Begitulah amalan yang telah di amalkan oleh PAP di Singapura, apakah orang orang melayu masih dibuai dengan ketamakan kuasa yang mana kuasa orang melayu kini telah mula terhakis akibat kealpaan sesetengah pemimpin melayu yang telah memecah belahkan orang orang melayu. Kita sebagai rakyat dan waris ketamadunan ini harus memikirkan semula akan perjuangan dan sikap yang boleh merugikan orang melayu. DAP kini semakin mengukuhkan cengkamannya dan DAP juga telah mempergunakan parti parti melayu semata mata untuk mencapai hasrat untuk membunuh kuasa orang melayu, Raja melayu dan terutamanya ugama Islam. Malang bagi orang melayu yang terlalu taksub pada pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan mengetepikan kepentingan bangsa melayu. Apakah kita terlalu bersikap terbuka pada kaum cina hinggakan mereka berasa bahawa kuasa orang melayu yang telah membina tamadun melayu ini boleh dicabar dan di ketepikan. Kita harus memikirkankan hala tuju orang melayu sekiranya kita gagal mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa kita. Sia sia pejuang terdahulu dan jasa nenek moyang kita yang telah mentintakan sejarah ketamadunan bangsa melayu. Sedarlah wahai orang orang melayu Islam. 

No comments:

Post a Comment

Komen yang di berikan hendaklah bersandarkan etika dan berhemah dalam menyampaikan pendapat sdra/sdri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas komen yang dibuat melangkaui batas batas susila dan undang undang.