Saturday 30 April 2011

ISYARAT KEPADA KAUM CINA OLEH MCA - Undi DAP !!!



Sabtu- Semalam MCA telah memutuskan bahawa tidak akan menyertai kepimpinan kerajaan dimana akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya prestasi MCA tidak berada ditahap yang memberansangkan dalam pilihanraya umum ke 13. Jika dilihat secara kasar ia adalah sebagai amaran kepada kaum cina dimana akan kehilangan wakil didalam pentadbiran kerajaan tetapi jika dikaji sedalam dalamnya ia menggambarkan seolah sebagai satu isyarat kepada kaum cina untuk menolak BN dan mengundi DAP sebagai jalan keluar supaya masyarakat cina dapat memperolehi kuasa dan kerusi didalam pentadbiran kerajaan yang dalam erti kata lain ialah menawan tanah melayu ini dari kuasa orang melayu dan Raja melayu.

Chua Soi Lek amat licik dan bersikap talam dua muka dan mempunyai agenda yang serupa dengan DAP dalam mempertikaikan hak keistimewaan melayu dan perlembagaan persekutuan. Orang orang melayu harus membuka mata dan perlu bersatu sepertimana kaum cina yang telah menampakkan gerak langkah dengan menyatukan kaum mereka dan beralih arah dengan memilih DAP. Apakah jika MCA turut bergabung dengan DAP maka kita akan tumbang ? jawapannya tidak mustahil untuk terjadi kerana kaum melayu telah berpecah kepada beberapa kumpulan dan kaum cina mula bersatu menjadikan kaum mereka lebih mempunyai kekuatan untuk menawan dan mengubah dasar serta perlembagaan Malaysia. Kita kaum melayu akan kehilangan kuasa dan yang utama ialah kita akan kehilangan tanah melayu dan tamadun melayu yang telah kita bina sejak ratusan tahun dahulu. Dimanakah duduknya orang-orang melayu, dimanakah tempatnya anak cucu kita. Apakah kita juga akan mengalami nasib yang sama dengan melayu di Singapura yang ternyata tidak mempunyai suara dan kedudukan dalam pemerintahan Negara. Ayuh bangsa melayu bangunlah dari lamunan, ketepikan soal ideologi dan fahaman sempit tinggalkan ketaksuban bersatu didalam satu pasukan supaya kita dapat terus mempertahankan martabat dan kesucian agama Islam dan kedudukan bangsa melayu serta kedaulatan Raja-raja melayu. Hulurkan tangan berpaut erta perkukuhkan ukhuwah dan satukan ummah agar kita menjadi lebih kuat untuk menghadapi segala kemungkinan yang boleh menyebabkan kita rebah dan tersungkur sebagai sebuah bangsa yang tewas.- kerambit

JADIKAN IKHTIBAR DARI SEJARAH KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM SEPANYOL

Pada suatu masa, Sepanyol telah menjadi salah satu tamadun Islam yang hebat, mencapai puncaknya dengan Kerajaan Bani Ummaiyyah pada abad kesepuluh. Orang Islam Sepanyol dianggap mempunyai fasa lima peringkat berbeza:
Emiriah Bergantung (711-756);
Emiriah Bebas (756-929);
Khalifah (929-1031);
Era Almoravid (1031-1130);
Kejatuhan (1130-1492).

Penganut Kristian dan Yahudi yang tinggal di Sepanyol pada waktu ini tidak menghadapi sekatan dan dilayan dengan amat baik, era itu pada umumnya ditandakan sebagai era toleransi

Kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol membuat aku lebih sensitif dengan segala isu yang berlaku dalam gerakan Islam Malaysia hari ini seperti PAS terutamanya. Malah aku lebih baran dan membakar bila ulasan-ulasan berkenaan kepimpinan diutarakan. Membuat aku duduk tidak senang, kerana sejarah seperti berulang kembali. Aku amat menyedari bahawa kejatuhan umat Islam Sepanyol dahulu bukan kerana tidak cintakan jihad tetapi unsur utama keruntuhan dan kerosakkan ini adalah SIKAP!

Sikap yang aku maksudkan ini ialah tidak cintakan Kesatuan dan Perpaduan. Dari itu juga, masalah keimanan dikalangan pemimpin tertinggi umat Islam juga tidak dapat kita abaikan sebagai penyebab kejatuhan kerajaan. Namun begitu, aku begitu serius memandang soal perpaduan.

Kehinaan yang amat besar menimpa umat Islam Sepanyol ketika itu adalah umat Islam lebih rela mendapatkan bantuan daripada kerajaan Kristian berbanding kerajaan Islam sekitar yang menawarkan pertolongan. Mereka lebih mempercayai golongan kafir berbanding umat Islam. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu duduk semeja dengan pemimpin Islam lain untuk berbincang soal perpaduan dan kesatuan kerana takut berlaku perampasan kuasa ataupun penyebaran pengaruh. Tetapi mereka lebih rela untuk duduk semeja dengan kerajaan Kristian bagi melebarkan pengaruh dan lebih mempercayai orang-orang Kristian.

Aku begitu kehampaan dengan apa yang telah berlaku. Aku amat kepelikan apabila umat Islam lebih mempercayai orang yang beragama lain berbanding mereka yang seaqidah dengan mereka. Adakah ini yang dikatakan kedengkian!

Aku benar-benar ingin menyeru kepada umat Islam dan bangsa melayu untuk kembalikan kesatuan dalam Parti. Kuatkan dahulu ukhuwah diperingkat dalaman sebelum kita bercadang untuk membuka peluang kepada non-muslim bagi sama-sama memperjuangkan hak-hak Islam. Aku begitu kebimbangan sejarah akan berulang dalam parti-parti gerakan Islam atas keterlaluan mempercayai rakan-rakan nya berbanding kepimpinan kita sendiri. Selagi kita tidak utuh dalam kesatuan ummah terutamanya peringkat kepimpinan, jangan sesekali kita bergerak mencari atau mempercayai teman lain yang tidak seaqidah dengan kita. Kuatkan ukhuwah kesatuan kita terlebih dahulu supaya kita tidak mudah dirempuh dengan pelbagaian fikrah dan kefahaman luar dalam menerusi perjuangan ini. Akhir sekali aku membuat kesimpulan, kekuatan umat Islam adalah serta Keimanan yang Tinggi, Cintakan Jihad, Ikatan Ukhuwah yang Utuh.

Kita sepatutnya jadikan Sejarah ini sebagai ikhtibar dimana Kerajaan Islam Sepanyol yang begitu kuat juga boleh tumbang kerana sikap lebih mempercayai kepada golongan kafir dari saudara seagama dan sebangsa. PAS lebih mempercayai pada DAP yg anti Islam dan PKR yang berfahaman sekular dan pluralism. Mengapa sanggup menghina dan memusuhi UMNO yg tentunya seagama dan sebangsa. Ini adalah merupakan titik permulaan kearah kejatuhan Kerajaan Islam dan melayu jika tidak kita tangani sekarang. Maka dengan itu haruslah kita gerakkan langkah bagi mengukuhkan Ukhuwah dan penyatuan umat dan bangsa Melayu sebelum kita gigit jari.

Tuesday 26 April 2011

KARPAL SAHKAN ANWAR LAKUKAN LIWAT


Isnin - Dalam penggulungan hujah yang dibuat oleh kedua dua pihak di Mahkamah tinggi siang tadi menyaksikan Karpal Sigh telah secara landsung mengakui bahawa Anwar telah melakukan liwat terhadap Saiful dimana dalam hujahnya untuk menangkis tuduhan itu mengikut cara teknikal sepertimana yang selau digunakan didalam pembelaan Kes-kes rogol beliau menyatakan bahawa Saiful tidak dipaksa untuk diliwat malah kejadian itu berlaku diatas dasar suka sama suka, " I like U like " I want u want " I lap u u lap me....... Ini telah menunjukkan bahawa dengan secara langsung Karpal mengesahkan bahawa kejadian liwat itu berlaku dan juga tuduhan terhadap Anwar yang telah meliwat Saiful telah diakui olehnya. Ayo yo Karpal u are the best lah.Seperti biasa bahawa ada penyokong taksub Anwar yang akan mengatakan bahawa Karpal terlibat dengan konspirasi oleh UMNO dan telah kedengaran kata kata sumbang bodoh yang pendek akal mengatakan bahawa Karpal telah disogok sebanyak 2 juta RM oleh UMNO. Ini memang sikap yang sinonim dengan penyokong Anwar Aljuburi Al taksubi tetap akan menyalahkan dan mengaitkan ia dengan konspirasi serta sogokan oleh UMNO. Sebenarnya para penyokong Anwar telah ketandusan modal dan sentiasa membangkitkan isu isu yang menonjolkan sikap taksub dan buta hati mereka. Ia juga semakin memperlihatkan bahawa mereka ini adalah golongan yang bodoh tetapi sombong. - kerambit

Thursday 21 April 2011

Agensi penyiaran Korea Selatan guna proses biometrik analisis video seks



CHECK MATE !!!!

KUALA LUMPUR: Sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks seorang lelaki didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dipercayai warga asing, mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang berkenaan berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Keputusan analisis visual dan teknikal video berkenaan diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April. - BHarian

- Pakar telah sahkan sipelaku adalah sepadan,semangkuk dan sepesen dengan Ds Omega Ibrahim,nafi macam mana pun orang dah tau yang melepaskan peluru berpandu darat ke udara adalah Ds Omega Ibrahim.

- Geng geng pemimpin PAS pun ramai dah mengakui si pelaku adalah orang yang pernah mereka bersalam,bertemu dan berjemaah bersama.Kata salah seorang dari mereka 'ana tak sangka dia punya berlakon sampai macam tu sekali' habis semua terkena dengan pembohongan dia.

Tembelang Anwar kini semakin pecah, macammana pula penerimaan Kak jijah dan ijah adakah masih bermati matian mempertahankan suami dan papa hebatnya. Dunia kini semakin mengetahui akan perkara yang menggemparkan ini., namun bagi pengikut yang taksub dan penjilat al juburi si Anwar tetap menganggap bahawa ia adalah sebagai satu konspirasi bagi menjatuhkan Anwar dan mencemar reputasi Anwar al juburi. Sudahlah Nuar ko dah tak boleh lari lagi semakin ko menegakkan benang basah maka semakin terdedah busuk pekung didada ko tu. Ko tu yang bertanggungjawab memecahbalahkan orang melayu dan ko jugalah yang telah menggadai maruah bangsa melayu, sepatutnya ko berasa malu dengan diri ko sendiri, Allah maha mengetahui dan setiap kemungkaran itu akan mendapat balasan yang setimpal - kerambit

Tuesday 19 April 2011

KITA PERNAH TUMBANG DALAM PILIHANRAYA 1969


 
 
 
Selasa 19 April - Pola Pengundian & sokongan Pengundi dalam PRN 10 Sarawak 2011 menyamai senario PRU 4, 10 Mei 1969 di mana pengundi Melayu Islam/Bumiputera & India menyokong Parti Perikatan/Barisan Nasional dan pengundi Cina menyokong Pakatan Pembangkang/Pe...mbangkang.

Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%. telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi bagi pembangkang

Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.
 
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.


Perbezaan antara kedua2 Pilihanraya tersebut adalah dari sudut bilangan kerusi yang diperolehi oleh kedua2 pihak. PRN Sarawak menggambarkan sebuah kerajaan yang kukuh (2/3) di mana pendekatan berprinsip dan tegas perlu dilaksanakan demi memajukan dan memartabatkan pengundi2 dan penyokong2 yang senantiasa menyahut seruan dan aspirasi kerajaan negeri, sementara PRU 4 (10/5/1969) menggambarkan sebuah kerajaan Persekutuan yang lemah (majoriti tipis) dan memerlukan toleransi yang tinggi untuk menjayakan sebuah Negara yang bersatu padu.

Sementelahan itu, dlm PRN 10 Sarawak, wujud asas yang kukuh untuk tidak melayan karenah pengundi2 Cina dan kapitalis Cina yang tidak membantu, memihak dan menggagalkan usaha2 kerajaan negeri.

Sudah sampai masanya kepemimpinan Negeri dan Negara mengenal, mengerti, memahami, menghayati dan melaksanakan konsep2 "budi baik dibalas baik", "orang berbudi kita berbahasa", "pinggan tak retak nasi tak dingin"," jangan disusui kera di hutan", dan lain2 yang seumpamanya demi memajukan Melayu/Islam/Bumiputera kerana situasi kini sudah terang lagi bersuluh dan sewajarnya kita benar2 memahami akan pepatah hidung tak mancung pipi tersorong2.- kerambit * sumber Zamzuri Mohamed Tahir dan naim qlate.
 
 

Monday 18 April 2011

IDEOLOGI RASISME YANG MULA MENULAR PADA KAUM CINA



Khamis 18 April - Sentimen perkauman yang diamalkan oleh DAP semakin mempengaruhi masyarakat cina di Semenanjung kini mula menular ke Sarawak. Begitulah amalan yang telah di amalkan oleh PAP di Singapura, apakah orang orang melayu masih dibuai dengan ketamakan kuasa yang mana kuasa orang melayu kini telah mula terhakis akibat kealpaan sesetengah pemimpin melayu yang telah memecah belahkan orang orang melayu. Kita sebagai rakyat dan waris ketamadunan ini harus memikirkan semula akan perjuangan dan sikap yang boleh merugikan orang melayu. DAP kini semakin mengukuhkan cengkamannya dan DAP juga telah mempergunakan parti parti melayu semata mata untuk mencapai hasrat untuk membunuh kuasa orang melayu, Raja melayu dan terutamanya ugama Islam. Malang bagi orang melayu yang terlalu taksub pada pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan mengetepikan kepentingan bangsa melayu. Apakah kita terlalu bersikap terbuka pada kaum cina hinggakan mereka berasa bahawa kuasa orang melayu yang telah membina tamadun melayu ini boleh dicabar dan di ketepikan. Kita harus memikirkankan hala tuju orang melayu sekiranya kita gagal mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa kita. Sia sia pejuang terdahulu dan jasa nenek moyang kita yang telah mentintakan sejarah ketamadunan bangsa melayu. Sedarlah wahai orang orang melayu Islam. 

Sunday 17 April 2011

PENGUNDI CINA MENOLAK BN


Ahad - Hampir semua calon SUPP kalah didalam pilihanraya DUN Sarawak, kerusi SUPP yang dimenangi pun adalah terdiri dari calon bumiputra yang mewakili kaum tersebut. Nampaknya trend pengundi Cina seperti yang berlaku di semenanjung telah mula menular ke Sarawak dimana baik di semenanjung mahupun Sarawak masyarakat Cina telah menolak BN. Seperti di semenanjung parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina hampir keseluruhannya telah kalah didalam pilihanraya. Apa yang sebenarnya masyarakat Cina mahukan, adakah tmasih tidak mencukupi bagi kaum Cina memonopoli ranking individu terkaya,? masih tidak cukupkah dengan kuasa ekonomi yang mereka perolehi setakat ini.? Atau mereka mahukan lebih dari itu seperti kuasa tampuk pemerintahan Negara ? apakah kita sebagai orang Melayu terlalu lemah dan terlalu melayan kehendak mereka ? Kerajaan patut melakukan sesuatu bagi menyedarkan masyarakat Cina supaya tahu untuk mengenang budi. UMNO dikatakan terlalu rasis tetapi DAP adalah lebih rasis dan juga dilihat sebagai parti yang menentang penubuhan Negara Islam dan parti yang cenderung menolak kedaulatan Raja- raja Melayu. Kita lihat sepertimana corak pemerintahan kembar DAP iaitu PAP di Singapura, dimanakah keadilan yang mereka lakukan, dimankah kedudukan orang Melayu, berapa ramaikah menteri Melayu yang ada dan berapa ramaikah Jeneral tentera Melayu yang ada ? gambaran ini cukup untuk memberi makna bahawa DAP adalah lebih rasis dan idologi mereka adalah ideologi yang mempunyai sentimen perkauman yang amat tebal. Berbanding dengan UMNO dan BN dimana kita mengamalkan kesamarataan didalam sistem pemerintahan, berapa ramai menteri Cina yang ada, berapa ramai Jeneral tentera yang ada dan berapa ramaikah orang yang terkaya dari kaum Cina di Malaysia. Kalau orang orang Cina ingin mengajar kita untuk menggunakan sentimen perkauman, ternyata kita boleh menggunakannya sejak dahulu lagi, atau mereka mahukan Kerajaan Melayu ini bersikap seperti Indonesia yang langsung tidak memberi muka pada kaum Cina di Negara tersebut. Adakah ini caranya yang boleh membuatkan mereka sedar diri dan berterimakasih pada UMNO dan Kerajaan Melayu yang memerintah tanah Melayu ini. - Kerambit

Friday 15 April 2011

APAKAH INI LANGKAH PERMULAAN YANG BAIK BAGI ORANG ORANG ISLAM DAN MELAYU



Wajarkah dua parti ini bergabung demi untuk memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu

Dua parti terbesar orang melayu ini sepatutnya bersatu hati dalam menegakkan Agama Islam dan kedudukan Raja raja Melayu serta orang orang melayu khususnya. Jika kedua dua parti ini bergabung ia akan menguatkan lagi kedudukan orang orang melayu untuk mempertahankan Islam dari terus di permainkan oleh golongan yang sememangnya mempunyai sentimen anti Islam di negara ini. PKR dilihat adalah lebih cenderung kepada fahaman sekularism yang memperjuangkan pluralism yang amat bercanggah dengan apa yang mahu dipertahankan oleh orng orang melayu. Tetapi benarkah PAS mempunyai sifat dendam pada UMNO setelah krisis yang membuatkan PAS keluar dari BN.



Ini adalah gambaran yang baik bagi orang orang Melayu dan pastinya ada diantara orang melayu yang menitiskan air mata gembira apabila melihat Hj Hadi Awang memeluk Dato' Sri Najib semasa mereka terserempak dalam kempen pilihanraya Sarawak beberapa hari lalu. Sememangnya orang orang melayu amat berharap agar tali silaturrahim sesama bangsa dan seagama ini menjadi semakin erat dan tidak di pisahkan oleh ideologi yang menjadi jurang diantara dua parti melayu ini.


Dengan penuh hormat dan takzimnya seorang Perdana Menteri melayan seorang Menteri Besar dengan memberi penerangan kepada Datuk Nik Aziz tentang perancangan pembangunan yang telah di buat untuk memberi manafaat kepada rakyat waima untuk negeri Kelantan sekalipun akan mendapat faedahnya.



Amat membanggakan dua pemimpin ini berjalan seiring dan yang paling membanggakan tu bila Datuk Nik Aziz sedia memakai jaket yg mempunyai lambang 1 Malaysia. Moga moga Datuk Nik Aziz ikhlas dan bukannya atas dasar terpaksa, tapi kalau dia tak mahu pakai pun takkan jadi apa apa jugak, bermakna ia memang ikhlas. Syabas Pok Nik.

Ini bukannya upacara masuk Islam dan melafazkan kalimah syahadah, tetapi mungkin Dato' Sri Najib menerangkan kepada Pok Nik tentang gagasan 1 Malaysia. Semoga ini adalah langkah permulaan yang baik kepada kedua dua pemimpin melayu ini dan agar ia akan lebih diberkati oleh Allah swt dan merestui akan perpaduan bangsa melayu dalam menegakkan syiar Islam. Kita doa kan agar ia akan menjadi kenyataan.

Friday 8 April 2011

PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA

2011/04/08
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menunggu hasil siasatan polis sebelum mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katanya hari ini.

Nazri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.

Pada Rabu lalu, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu. "Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.

Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu. - BERNAMA
Sumber Berita Harian



Thursday 7 April 2011

KABINET TIMBANG TUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA

Parlimen Malaysia- Rabu - Datuk Nazri memberitahu bahawa kabinet sedang menimbangkan supaya penubuhan suruhanjaya diraja diadakan. Ia mendapat sokongan yang kuat termasuk dari kalangan wakil Pembangkanng. Ini sudah baik dan menandakan bahawa rakyat sememangnya mahukan supaya suruhanjaya tersebut ditubuhkan. Cuma sebahagian je kalangan puak fuckatan tu yg membantah. Rakyat mesti gembira jika ditubuhkan suruhanjaya tersebut bagi merungkai persoalan mengenainya.
Apa yang mereka takutkan, fitnah kata mereka sedangkan fitnah terhadap Datuk Sri Najib lagi hebat mereka canang sampaikan termakan jugak orang orang yang kurang bijak dalam menilai pertuduhan yang tanpa asas itu. Ini bukan tuduhan tak berasas cukup dengan buktinya dan rakyat boleh menilaikannya samaada betul atau tidak cuma ianya akan lebih nampak jelas dengan tertubuhnya Suruhanjaya Diraja.

Tuesday 5 April 2011

MANA ERTI KEADILAN YANG SEBENARNYA

Anbiya [92] Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. [93] Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).


Kenapa bila berlaku sesuatu kes yang berkepentingan pada mereka, mereka berteriak bertempik meminta supaya diadakan Suruhanjaya Diraja tanpa peduli samaada pihak kerajaan mempunyai hak untuk mempertahankan diri atau tidak. Tetapi bila kes yang melibatkan pemimpin mereka lain pula laungan yang dibuat dengan membantah untuk ditubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Kita imbas kembali :-
1) Kes video V K Linggam - tubuhkan suruhanjaya diraja !!!
2) Kes Chua Soi Lek - tubuhkan suruhanjaya diraja !!!
3) Kes Teo Beng Hock - tubuhkan suruhanjaya diraja !!!!
4) Kes Video Sex Anwar - Bantah suruhanjaya diraja !!!!!

Dimanakah keadilan yang selalu dilaung laungkan oleh mereka, apakah ini bentuk keadilan yang ingin dibawa oleh mereka jika mereka dapat memerintah negara ini. Renung renungkanlah wahai sahabat ku, bangsa ku dan generasiku.....

Saturday 2 April 2011

Kerajaan Selangor zalimi warga Felda ( Imbas semula apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat )

SUNGAI TENGGI: Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang dianggap zalim kerana mahu menyekat usaha Felda membina 268 unit kediaman baru bagi generasi kedua di empat tanah rancangan itu di Hulu Selangor.
Felda berkenaan adalah Felda Tengi, Felda Tenggi Selatan, Felda Gedangsa dan Felda Soeharto.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, berkata tindakan Kerajaan Selangor itu tidak boleh dimaafkan warga Felda di sini kerana ia menganiaya rakyat.
“Jika mereka tidak memberi kelulusan, bermakna mereka menganiaya rakyat. Pada prinsipnya, tanah rancangan Felda sebenarnya sudah diwartakan untuk digunakan sama ada untuk Felda atau peneroka.
“Jika mereka tidak luluskan untuk membina 268 perumahan generasi Felda, ini bermakna mereka menzalimi (warga Felda) seperti mereka lakukan tindakan sama menghalang pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Promosi e-pemasaran Homestay di Felda Sungai Tenggi di sini, semalam. Pelancaran dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, katanya, Felda komited memaju dan membantu empat Felda di sini yang terpisah daripada entiti Pusat itu selama 10 tahun sejak 1995 kerana terbabit dalam inisiatif pihak swasta.
Ahmad berkata, Felda menyedia peruntukan RM36.9 juta bagi memulih dan menebus kembali tanah rancangan Felda yang terbiar serta digadai peneroka ketika terpisah daripada Felda.
Beliau berkata, keempat-empat Felda ini menyertai semula Felda pada 2005 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika itu mengambil alih semula urusan pentadbiran Felda.
“Peruntukan itu digunakan untuk kerja menanam semula, menebang pokok, menabur baja dan menebus tanah yang digadai peneroka.
“Saya yakin, mereka tidak akan tinggalkan kerajaan Barisan Nasional dan patut bersyukur kerana Felda berusaha menyelesaikan permasalahan mereka,” katanya. - Berita harian 19/4/2010

PDRM SAHKAN VIDEO TULEN


Pakar mengesahkan bahawa video sex yg melibatkan ketua pembangkang itu adalah tulen, kita tunggu apa kata DSAI dan geng nya, saya pasti anda tahu apa jawapannya...

Friday 1 April 2011

PKR KECEWA DENGAN DAP YANG RAKUS DAN TAMAK

Di Sibu, PKR cabang Lanang hari ini melahirkan rasa kecewa dengan peruntukan kerusi Dudong kepada DAP selepas pertelagahan di kalangan parti pakatan pembangkang berhubung hak bertanding kerusi di kawasan itu.

Meskipun akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti pakatan mengenainya, Pengerusi cabang PKR itu, George Chen berkata: "Kami kecewa kerana telah melakukan banyak usaha sejak tiga tahun lepas dan kini hilang peluang untuk bertanding di kawasan itu."

Beliau berkata, PKR cabang Lanang yang bertanggungjawab menyelia dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Dudong dan Bukit Assek, telah berjaya menarik kira-kira 3,000 anggota baru dan menubuhkan 10 ranting baru.

"Dalam tempoh tiga tahun lepas, kami melawat 119 rumah panjang, semua kampung Melayu dan kawasan petempatan Cina dan yang demikian, (PKR cabang Lanang) telah membentuk tapak kukuh di sana," katanya di sini.

BN memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri 2006 menerusi Penolong Setiausaha Publisiti dan Penerangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Soon Choon Teck, yang juga Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar merangkap Menteri Muda Kesihatan Awam.

Kerusi Dudong meliputi kawasan bandar dan pinggir bandar dengan majoriti pengundi adalah kaum Cina manakala masyarakat Iban dan Melayu merangkumi 47 peratus pengundi.

"Pucuk pimpinan banyak memberi sokongan kepada kami selama ini untuk bertanding di Dudong tetapi DAP enggan memberi laluan.

"Kami mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Dudong dan malahan bersedia menyerahkan Senadin sebagai pertukaran bagi Dudong tetapi DAP tidak mahu menerima permintaan kami," katanya.

 Sumber *— BERNAMA.