Ahad - DAP adalah merupakan proksi bagi PAP yang memerintah Singapura, ramai melayu penyokong fuckatan selalu mempersoalkan tentang terlepasnya Singapura dari persekutuan tanah melayu tetapi mereka ini sebenarnya buta sejarah dan tidak mengetahui tentang duduk perkara yang sebenarnya. Perlu dijelaskan bahawa tindakan melepaskan Singapura adalah semata-mata kerana mahu mengekang pengaruh PAP yang semakin melebarkan sayapnya diselatan tanah air. PAP menggunakan sentimen api perkauman dalam mempengaruhi kaum cina untuk mempertikaikan hak kaum melayu dan perlembagaan persekutuan yang dirangka pada tahun 1948. Bagi mengelakkan PAP bertapak di Negeri negeri di selatan tanah air maka kerajaan Malaysia terpaksa akur dengan melepaskan Singapura dibawah pemerintahan sendiri yang dikuasai oleh PAP. Untuk mengambil hati orang orang melayu Singapura maka PAP telah melantik Presiden pertama iaitu Tn Yusoff Ishak dari kaum melayu sebagai tonggak pemerintahan yang hanya berperanan sebagai boneka dimana kuasa politik pemerintahan Singapura tetap dikuasai oleh kaum cina dari PAP. Setelah dipisahkan dari Malaysia PAP tetap mempunyai hasrat untuk menawan tanah melayu dan menguasai pemerintahan Malaysia. Dengan itu maka lahirlah DAP sebagai proksi untuk memenuhi agenda dalam mencapai cita cita dan hasrat untuk mendapatkan tanah melayu dan memansuhkan system diraja yang merupakan lambang ketamadunan bangsa melayu dan memadam sejarah seperti yang dilakukan di Singapura pada ketika ini.
Percayalah jika DAP mampu berkuasa ia akan bertindak dengan memansuhkan sistem diraja sebelum mengubah perlembagaan dan memadam segala sejarah berkaitan ketamadunan bangsa melayu dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Republik dan kemungkinan yang amat besar akan bersatu dengan Singapura. PAP dan DAP mempunyai agenda yang sama iaitu menubuhkan kerajaan dan menguasai sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia. Bangsa mereka mempunyai sifat perkauman yang amat tebal dan mempunyai cita cita yang tinggi untuk merampas tanah melayu ini.
Setelah Berjaya menguasai pemerintahan Malaysia. Pada peringkat awalnya DAP akan melantik Perdana Menteri dari kalangan orang melayu sebelum menguasai sepenuhnya dan akan mengetepikan suara orang melayu seperti yang berlaku di Singapura. Cuba kita lihat berapa orangkah menteri melayu di Singapura, berapa orangkah jeneral melayu di Singapura dan berapa orangkah orang melayu yang terlibat dalam menentukan dasar dan membuat keputusan dalam pemerintahan Singapura. Kita perlu renungkan perkara ini sebelum ia berlaku di tanah air kita ini. Sedarlah wahai orang melayu bahawa DAP adalah sebuah parti yang berjiwa besar untuk merampas kuasa pemerintahan Negara. Mereka menggunakan orang-orang melayu yang lemah seperti PAS dan PKR demi untuk mencapai matlamat dan tujuan bagi menidakkan hak orang melayu dan kuasa Raja-raja melayu.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.........