Monday 28 March 2011

Tokoh pejuang melayu dalam perjuangan untuk bangsa dan tanah air.






British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangk...ap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. 23 Mei 1915
British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri.
Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh 24 Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.
Tok Janggut terkorban mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar (padang Merdeka), Kota Bharu selama beberapa hari kemudian dikebumikan di Pasir Pekan.
Kesan Penentangan Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat semangat JUANG mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British.....sungguh sadis kematian pejuang ini.....semoga rohnya dicucuri rahmat...

Sunday 27 March 2011

Negara perlu kestabilan politik, kesinambungan pemerintahan: Najib

Aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda : Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa – (h. Muslim)



Negara perlu kestabilan politik, kesinambungan pemerintahan: Najib

MUAR: Perdana Menteri berkata, negara memerlukan kestabilan politik dan kesinambungan pemerintahan untuk mencapai matlamat dan visi negara yang selama ini ditadbir urus dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Najib Razak, berkata kejayaan negara adalah sesuatu yang disusun dengan rapi untuk mencapai matlamatnya.
"Dan ia bukan sekadar impian kosong atau janji yang diperdagangkan oleh mereka yang suka menjual janji kepada rakyat.
"Kita (BN) hendak kuasa kerana kita jauh lebih baik dari pihak lain untuk membela nasib rakyat dan bukan semata-mata (untuk) kuasa sahaja," katanya.

Beliau berkata, pembangkang tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memerintah negara ini dan dasar yang dicipta oleh mereka cuma sesuatu yang direka dan bersifar populis sahaja.

"Kita tak perlu warna hijau, warna biru muda, juga tak perlu warna jingga, tak perlu kerana itu janji yang diperdagangkan sahaja," katanya pada Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 di Sungai Abong, di sini, hari ini.

Najib berkata, sebagai pemimpin, beliau berpegang kepada prinsip dan pendekatan bahawa sebagai pemimpin kita tidak boleh jauh dari hati rakyat.
"Menerusi lawatan seperti ini, ia akan memaut paut rasa kasih antara pemimpin selain melihat sejauh mana dasar induk dapat diterjemahkan apabila pemimpin turun ke peringkat daerah dan peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata, lawatan turun ke padangnya juga membuktikan tidak ada tembok pemisah dalam apa keadaanpun antara pemimpin dan rakyat.

Najib juga mengumumkan bantuan kerajaan pusat untuk memajukan bandar ini termasuk untuk membina lebih banyak perparitan bagi mengurangkan masalah banjir berharga RM4.8 juta.

"Satu lagi projek ialah memajukan "uptown" Muar sebanyak RM3 juta yang akan dikongsi sebanyak RM1.5 juta antara kerajaan pusat dan kerajaan Johor," katanya
sambil memuji bandar ini mempunyai "uptown" sebagaimana bandaraya Los Angeles di Amerika Syarikat.

Sebelum itu, Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan kerja ke bandar ini, mengadakan kunjungan mesra bertemu rakyat khususnya peniaga di pusat bandar Muar.

Turut serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri, Datin Prof Dr Jamilah Ariffin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek. - BERNAMA

Saturday 26 March 2011

Ganjaran Bagi Penduduk Negeri Yang Beriman Dan Bertaqwa

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-A'raaf ayat 96, tafsirnya: "Sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi".

Assalamualaikum,
kita dikejutkan denga isu baru berkenaan video sex yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin pembangkang yang kes nya masih didalam perbicaraan. Tokoh ini juga telah memulakan satu trend baru yang akan menyebabkan rakyat akan turut menggunakan pendekatan seperti itu iaitu tidak mahu memberi sampel DNA nya untuk memastikan samaada beliau adalah lelaki Y. Beliau begitu mudah memperlekehkan mahkamah dengan pelbagai alasan teknikal yang  juga telah membuka mata dan mengajar masyarakat bahawa undang undang itu boleh di perlekehkan dan dipermainkan.
Berkenaan isu terbaru ini pula pelbagai spekulasi yang timbul dan membuatkan rakyat semakin keliru dan ada yang menganggapnya sebagai helah pembangkang dan ada yang mempercayai bahawa ia adalah sesuatu yang benar. Jika benar adakah ini sikap seorang yang mahu menjadi perdana menteri dan adakah rakyat masih juga mahu menerima dan inginkan beliau untuk menjadi pemimpin negara. Gunakan akal yang waras dan beri penilaian yang sewajarnya samaada beliau betul layak untuk menjadi pemimpin negara dan kemanakah hala tuju negara dan bagaimanakah kedudukan Islam sebagai ugama rasmi bagi malaysia dan orang orang melayu amnya. Sebelum membuat pilihan perlulah kita renungkan agar kita tidak tersalah dalam memilih pucuk pimpinan negara kita. sekian terima kasih.