Saturday 26 March 2011

Ganjaran Bagi Penduduk Negeri Yang Beriman Dan Bertaqwa

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-A'raaf ayat 96, tafsirnya: "Sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi".

Assalamualaikum,
kita dikejutkan denga isu baru berkenaan video sex yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin pembangkang yang kes nya masih didalam perbicaraan. Tokoh ini juga telah memulakan satu trend baru yang akan menyebabkan rakyat akan turut menggunakan pendekatan seperti itu iaitu tidak mahu memberi sampel DNA nya untuk memastikan samaada beliau adalah lelaki Y. Beliau begitu mudah memperlekehkan mahkamah dengan pelbagai alasan teknikal yang  juga telah membuka mata dan mengajar masyarakat bahawa undang undang itu boleh di perlekehkan dan dipermainkan.
Berkenaan isu terbaru ini pula pelbagai spekulasi yang timbul dan membuatkan rakyat semakin keliru dan ada yang menganggapnya sebagai helah pembangkang dan ada yang mempercayai bahawa ia adalah sesuatu yang benar. Jika benar adakah ini sikap seorang yang mahu menjadi perdana menteri dan adakah rakyat masih juga mahu menerima dan inginkan beliau untuk menjadi pemimpin negara. Gunakan akal yang waras dan beri penilaian yang sewajarnya samaada beliau betul layak untuk menjadi pemimpin negara dan kemanakah hala tuju negara dan bagaimanakah kedudukan Islam sebagai ugama rasmi bagi malaysia dan orang orang melayu amnya. Sebelum membuat pilihan perlulah kita renungkan agar kita tidak tersalah dalam memilih pucuk pimpinan negara kita. sekian terima kasih.

1 comment:

  1. Akhlak yang baik adalah menggambarkan ciri ciri pemimpin yang baik.

    ReplyDelete

Komen yang di berikan hendaklah bersandarkan etika dan berhemah dalam menyampaikan pendapat sdra/sdri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas komen yang dibuat melangkaui batas batas susila dan undang undang.