Sunday 17 April 2011

PENGUNDI CINA MENOLAK BN


Ahad - Hampir semua calon SUPP kalah didalam pilihanraya DUN Sarawak, kerusi SUPP yang dimenangi pun adalah terdiri dari calon bumiputra yang mewakili kaum tersebut. Nampaknya trend pengundi Cina seperti yang berlaku di semenanjung telah mula menular ke Sarawak dimana baik di semenanjung mahupun Sarawak masyarakat Cina telah menolak BN. Seperti di semenanjung parti komponen BN yang mewakili masyarakat Cina hampir keseluruhannya telah kalah didalam pilihanraya. Apa yang sebenarnya masyarakat Cina mahukan, adakah tmasih tidak mencukupi bagi kaum Cina memonopoli ranking individu terkaya,? masih tidak cukupkah dengan kuasa ekonomi yang mereka perolehi setakat ini.? Atau mereka mahukan lebih dari itu seperti kuasa tampuk pemerintahan Negara ? apakah kita sebagai orang Melayu terlalu lemah dan terlalu melayan kehendak mereka ? Kerajaan patut melakukan sesuatu bagi menyedarkan masyarakat Cina supaya tahu untuk mengenang budi. UMNO dikatakan terlalu rasis tetapi DAP adalah lebih rasis dan juga dilihat sebagai parti yang menentang penubuhan Negara Islam dan parti yang cenderung menolak kedaulatan Raja- raja Melayu. Kita lihat sepertimana corak pemerintahan kembar DAP iaitu PAP di Singapura, dimanakah keadilan yang mereka lakukan, dimankah kedudukan orang Melayu, berapa ramaikah menteri Melayu yang ada dan berapa ramaikah Jeneral tentera Melayu yang ada ? gambaran ini cukup untuk memberi makna bahawa DAP adalah lebih rasis dan idologi mereka adalah ideologi yang mempunyai sentimen perkauman yang amat tebal. Berbanding dengan UMNO dan BN dimana kita mengamalkan kesamarataan didalam sistem pemerintahan, berapa ramai menteri Cina yang ada, berapa ramai Jeneral tentera yang ada dan berapa ramaikah orang yang terkaya dari kaum Cina di Malaysia. Kalau orang orang Cina ingin mengajar kita untuk menggunakan sentimen perkauman, ternyata kita boleh menggunakannya sejak dahulu lagi, atau mereka mahukan Kerajaan Melayu ini bersikap seperti Indonesia yang langsung tidak memberi muka pada kaum Cina di Negara tersebut. Adakah ini caranya yang boleh membuatkan mereka sedar diri dan berterimakasih pada UMNO dan Kerajaan Melayu yang memerintah tanah Melayu ini. - Kerambit

No comments:

Post a Comment

Komen yang di berikan hendaklah bersandarkan etika dan berhemah dalam menyampaikan pendapat sdra/sdri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas komen yang dibuat melangkaui batas batas susila dan undang undang.