Saturday 30 April 2011

ISYARAT KEPADA KAUM CINA OLEH MCA - Undi DAP !!!



Sabtu- Semalam MCA telah memutuskan bahawa tidak akan menyertai kepimpinan kerajaan dimana akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya prestasi MCA tidak berada ditahap yang memberansangkan dalam pilihanraya umum ke 13. Jika dilihat secara kasar ia adalah sebagai amaran kepada kaum cina dimana akan kehilangan wakil didalam pentadbiran kerajaan tetapi jika dikaji sedalam dalamnya ia menggambarkan seolah sebagai satu isyarat kepada kaum cina untuk menolak BN dan mengundi DAP sebagai jalan keluar supaya masyarakat cina dapat memperolehi kuasa dan kerusi didalam pentadbiran kerajaan yang dalam erti kata lain ialah menawan tanah melayu ini dari kuasa orang melayu dan Raja melayu.

Chua Soi Lek amat licik dan bersikap talam dua muka dan mempunyai agenda yang serupa dengan DAP dalam mempertikaikan hak keistimewaan melayu dan perlembagaan persekutuan. Orang orang melayu harus membuka mata dan perlu bersatu sepertimana kaum cina yang telah menampakkan gerak langkah dengan menyatukan kaum mereka dan beralih arah dengan memilih DAP. Apakah jika MCA turut bergabung dengan DAP maka kita akan tumbang ? jawapannya tidak mustahil untuk terjadi kerana kaum melayu telah berpecah kepada beberapa kumpulan dan kaum cina mula bersatu menjadikan kaum mereka lebih mempunyai kekuatan untuk menawan dan mengubah dasar serta perlembagaan Malaysia. Kita kaum melayu akan kehilangan kuasa dan yang utama ialah kita akan kehilangan tanah melayu dan tamadun melayu yang telah kita bina sejak ratusan tahun dahulu. Dimanakah duduknya orang-orang melayu, dimanakah tempatnya anak cucu kita. Apakah kita juga akan mengalami nasib yang sama dengan melayu di Singapura yang ternyata tidak mempunyai suara dan kedudukan dalam pemerintahan Negara. Ayuh bangsa melayu bangunlah dari lamunan, ketepikan soal ideologi dan fahaman sempit tinggalkan ketaksuban bersatu didalam satu pasukan supaya kita dapat terus mempertahankan martabat dan kesucian agama Islam dan kedudukan bangsa melayu serta kedaulatan Raja-raja melayu. Hulurkan tangan berpaut erta perkukuhkan ukhuwah dan satukan ummah agar kita menjadi lebih kuat untuk menghadapi segala kemungkinan yang boleh menyebabkan kita rebah dan tersungkur sebagai sebuah bangsa yang tewas.- kerambit

1 comment:

  1. postingan yang bagus tentang

    syarat kepada kaum cina oleh mca undi

    ReplyDelete

Komen yang di berikan hendaklah bersandarkan etika dan berhemah dalam menyampaikan pendapat sdra/sdri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas komen yang dibuat melangkaui batas batas susila dan undang undang.